Nukilan Penulis

Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita melibatkan pertanyaan seperti apa, dimana, bagaimana, bila dan siapa.
Blog ini akan cuba membincangkan perkara yang berhubung dengan:
1) Kota Marudu
2) Banjir
3) GIS
4) Globalisasi dan Pembangunan
5) Teori Pembangunan
6) 4 Tapak Domain Sabah
7) SDC dan SEDIA

Friday 30 March 2012

GIS Application in Monitoring The Effects of Flooding. Case Study : Kota Marudu


ABSTRACT
Flood in general is a natural disaster that gives negative impact to human and their environment. The Kota Marudu district is one of the area that hardest hit by flood in past 2011. So the location of this study is on the Kota Marudu district and Tandek area is the main focus.  Objective of this study was to identify the factors that cause of flood in the Kota Marudu district, particularly in the area N5 Tandek. In addition, this study also identified the impact of the floods that occurred since early 2000 especially in their economy things. This research also aims to classify the flood zones follow by the flooding effect in the study area. The data that required in this study is the rainfall, river network map, the flood report and the related hydrological data. On-site visit and research also conducted to understand the real situation and to know the problem faced by the people that living in flood affected. Geography Information System (GIS) application fully use in the analysis process to get the required result. A few zones will be set by area or village and further make the analysis of flood effect with different zones.

Aplikasi GIS Dalam Memantau Kesan Kejadian Banjir. Kajian Kes : Kota Kinabalu


ABSTRAK

Banjir secara umum adalah satu bencana alam yang memberikan kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar. Daerah Kota Marudu adalah salah sebuah daerah yang terjejas teruk akibat kejadian banjir pada tahun 2011 lalu. Maka lokasi kajian ini ialah Kota Marudu dan fokusnya kepada kawasan Tandek. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kejadian banjir di daerah Kota Marudu khususnya di kawasan N5 Tandek. Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti kesan akibat kejadian banjir yang terjadi semenjak awal tahun 2000 dari sudut ekonomi penduduk tempatan. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengelaskan zon-zon banjir mengikut kesan daripada kejadian banjir di kawasan kajian. Antara data yang diperlukan dalam kajian ini adalah data curahan hujan, peta rangkaian sungai, data laporan banjir dan data hidrologi yang berkaitan. Lawatan dan penyelidikan di tapak kajian juga turut dijalankan untuk memahami keadaan sebenar dan mengetahui masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat di kawasan yang terjejas akibat banjir ini. Aplikasi GIS digunakan sepenuhnya dalam proses analisis bagi mendapatkan hasil kajian yang dikehendaki. Beberapa zon akan ditetapkan mengikut mukim atau kampung yang berhampiran dan seterusnya analisis kesan banjir dibuat melalui kawasan zon yang berbeza.

Wednesday 28 March 2012

SEJARAH DAERAH KOTA MARUDU

Penelitian ke atas 42 keping peta lama menunjukkan nama Kota Marudu telah dicatatkan sejak awal 1573 oleh pemeta Portugis iaitu Caspar Viegas. Sejak 5 abad yang lampau, nama Kota Marudu dikatakan mempunyai ejaan yang berbeza tetapi sebutannya hampir sama iaitu:
1/ Marudo
2/ Morudu
3/ Malloodo
dalam catatan peta lama (Sumber Eropah).Pada abad ke 16 hingga abad ke 19 pula menerangkan bahawa Marudu telah diketahui lebih kurang 500 tahun yang lalu.

Sumber-sumber lama China dan dalam peta penjajahan Sepanyol abad ke-13 juga mencatatkan nama Marudu yang ditulis sebagai Maludu.
Marudu mempunyai pelbagai suku kaum dan salah satu kaum terbesar ialah suku kaum bajau. Marudu dalam bahasa Balanini atau Bajau ialah dari kata "Mairudu" atau "Maiuludu" adalah "satu kedudukan di tempat atau kawasan itu sahaja" (Sumber : Pejabat Daerah Kota Marudu).

Monday 26 March 2012

DAERAH KOTA MARUDU

Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan menerima nama jolokan sebagai 'negeri di bawah bayu'.
Negeri Sabah terletak di kepulauan Borneo dengan keluasan 73, 620 Km persegi. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya disebut Jesselton atau Api-api. 
Terdapat 40 buah daerah di Sabah dan salah satunya ialah daerah Kota Marudu yang terletak di utara negeri ini. Kota Marudu berada di garisan latitud 6'30" Utara dan garisan longitud 116'45" Timur.
Daerah Kota Marudu mempunyai keluasan 1, 917 Km persegi dan terletak 130 Km dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. Terletak di persempadanan daerah Kudat dan daerah Pitas di bahagian utara, daerah Beluran di bahagian Timur, daerah Ranau di bahagian selatan dan daerah Kota Belud di bahagian barat, Kota Marudu mempunyai bentuk muka bumi yang agak landai dengan mempunyai satu teluk yang popular iaitu Teluk Marudu.
Daerah pentadbiran Kota Marudu ialah kawasan DUN N5 Tandek dan sebahagian kawasan DUN N4 Matunggong; membentuk kawasan parlimen P.168 Kota Marudu (Sumber : Pejabat Daerah Kota Marudu, Sabah).