Nukilan Penulis

Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita melibatkan pertanyaan seperti apa, dimana, bagaimana, bila dan siapa.
Blog ini akan cuba membincangkan perkara yang berhubung dengan:
1) Kota Marudu
2) Banjir
3) GIS
4) Globalisasi dan Pembangunan
5) Teori Pembangunan
6) 4 Tapak Domain Sabah
7) SDC dan SEDIA

Monday 26 March 2012

DAERAH KOTA MARUDU

Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan menerima nama jolokan sebagai 'negeri di bawah bayu'.
Negeri Sabah terletak di kepulauan Borneo dengan keluasan 73, 620 Km persegi. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya disebut Jesselton atau Api-api. 
Terdapat 40 buah daerah di Sabah dan salah satunya ialah daerah Kota Marudu yang terletak di utara negeri ini. Kota Marudu berada di garisan latitud 6'30" Utara dan garisan longitud 116'45" Timur.
Daerah Kota Marudu mempunyai keluasan 1, 917 Km persegi dan terletak 130 Km dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. Terletak di persempadanan daerah Kudat dan daerah Pitas di bahagian utara, daerah Beluran di bahagian Timur, daerah Ranau di bahagian selatan dan daerah Kota Belud di bahagian barat, Kota Marudu mempunyai bentuk muka bumi yang agak landai dengan mempunyai satu teluk yang popular iaitu Teluk Marudu.
Daerah pentadbiran Kota Marudu ialah kawasan DUN N5 Tandek dan sebahagian kawasan DUN N4 Matunggong; membentuk kawasan parlimen P.168 Kota Marudu (Sumber : Pejabat Daerah Kota Marudu, Sabah).

No comments: