ABSTRAK
Banjir
secara umum adalah satu bencana alam yang memberikan kesan negatif kepada
manusia dan alam sekitar. Daerah Kota Marudu adalah salah sebuah daerah yang
terjejas teruk akibat kejadian banjir pada tahun 2011 lalu. Maka lokasi kajian
ini ialah Kota Marudu dan fokusnya kepada kawasan Tandek. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kejadian banjir di
daerah Kota Marudu khususnya di kawasan N5 Tandek. Selain itu, kajian ini turut
mengenalpasti kesan akibat kejadian banjir yang terjadi semenjak awal tahun
2000 dari sudut ekonomi penduduk tempatan. Seterusnya, kajian ini juga
bertujuan untuk mengelaskan zon-zon banjir mengikut kesan daripada kejadian
banjir di kawasan kajian. Antara data yang diperlukan dalam kajian ini adalah
data curahan hujan, peta rangkaian sungai, data laporan banjir dan data
hidrologi yang berkaitan. Lawatan dan penyelidikan di tapak kajian juga turut
dijalankan untuk memahami keadaan sebenar dan mengetahui masalah yang sedang
dihadapi oleh masyarakat di kawasan yang terjejas akibat banjir ini. Aplikasi
GIS digunakan sepenuhnya dalam proses analisis bagi mendapatkan hasil kajian
yang dikehendaki. Beberapa zon akan ditetapkan mengikut mukim atau kampung yang
berhampiran dan seterusnya analisis kesan banjir dibuat melalui kawasan zon
yang berbeza.
No comments:
Post a Comment